Rabu, 16 Mei 2012

2.3 penghasilan projek


2.3.1 Alatan Tangan
Jenis alatan tangan, fungsi ditunjukkan dalam jadual yang berikut.



playar muncunr tirus

  • membentuk kaki komponen, memotong wayar, memegang benda kecil
  • melakukan kerja di ruang yang sempit.


 
pemotong sisi
  • dikenal sebagai playar kacip.
  • memotong wayar.
  • memotong lebihan kaki komponen selepas dipateri.


penyedut bahan pateri
  • menyedut bahan pateri.



alat pemateri elektrik
  • mencairkan bahan pateri.

2.3.2 Memateri
Alatan yang digunakan semasa memateri termasuklah alat pemateri, pemegang bod litar, fluks, kertas las, dan span untuk memateri.

Bahan pateri
1. Bahan pateri ialah sejenis bahan aloi yang terdiri daripada campuran logam timah dan plumbum.
2. Komposisi campuran 60/40 biasanya digunakan dalam pematerian karja elektronik dan
    bermaksud bahan pateri mengandungi 60% timah dan 40% plumbum.
3. Saiz yang biasanya digunakan adalah 0.8mm dan 1mm.

Bahan Lakur (Fluks)
1. Bahan lakur (fluks) berfungsi mencegah lapisan oksida daripada terbentuk pada tempat yang
    hendak dipateri.
2. Fluks biasanya sudah terkandung dalam bahan pateri untuk memudahkan kerja pematerian.

Kertas Las
1. Kertas las digunakan untuk membersihkan bit sebelum kerja pematerian.
2. Kertas las yang sesuai adalah dari jenis yang halus.

Span
1. Span lembap digunakan untuk membersihkan hujung bit semasa memateri.
2. Span diletakkan bersama-sama dengan pemegang alat pemateri.

Pemegang Alat Pameteri
1. Pemegang alat pemateri digunakan untuk meletakkan alat pameteri.

2.3.3 Membuat Projek Elektronik
Ikutilah langkah-langkah yang berikut semasa membuat projek elektronik.

Langkah 1 > membentuk kaki komponen untuk memudahkan pemasangan.



Langkah 2 > Memasang komponen berpandukan lukisan bergambar.






Langkah 3 > Menyemak semula kedudukan komponen berpandukan litar skematik/litar bergambar.
                    Betulkan kedudukan komponen yang tersalah pasang.




Langkah 4 > Memateri komponen/tamatan dengan komponen pasif terlebih dahulu diikuti memateri
                   komponen aktif.



Langkah 5 > Memotong kaki komponen yang berlebihan dengan pemotong sisi. 

1 ulasan: