Isnin, 28 Mei 2012

gajah oh gajah

pada malam yang hening 2 sahabat sedang rancak berbalas mesej....

senget: oi best gk lau dapat pegi zoo,dapat tengok gajah tua..

   cute: ye la kn. dapat tengok banyak binatang-natang...hahahahahaha

senget: ak nk tengok gajah punye gigi jer!!!!msti lawa kn gigi gajah tu????

   cute: gajah tua pon ko nk tengok ke???

senget: yang tua la ak nk tengok, banyak ckit bulu nye nnt bole ak cukor bulu die pastu jual kt kedai
           ley tmpong idup kt unibersiti nie....hehehehe( xley bayang lau gajah bogel mesti cute cm 
           cute kn...hahaha)bertukar

  cute: kaye 2!!!bulu gajah kn bnyk...

senget: p yg penting gigi gajahhh!!!!!!!

  cute: ko nie gile pe nk tgk gigi gajah????

senget: ye la semua binatang tunjuk gigi p gajah nie pe sal la yg malu sgt nk tnjuk gigi..

  cute: xde  nye malu nk tunjuk gigi sbb gajah xde gigi...hahahahaha

senget: ahhhhh!!!!xde gigi, bru ak thu...punye la excited ak nk tgk gigi die...kahx1000000
          (btul2 senget)


sembang petang....

minah cute: budak senget pakwe ak nk beli super bike nanti.

budak senget : ok la 2, nanti ko bonceng kat belakang( lam ati aku nie gelak da nk pecah perut.kah3)

minah cute : ea budak senget asal muke ko semacam jer ak tengok???

budak senget : mane ad biase2 jer...hehehehehehe( da nk tumboh tanduk) ultramen bertukar...
                     jeng2.

budak cute : ak tahu ko gelak kat ak kn???

budak senget : memang ak tengah gelak kt ko pn....hahahahahahahhahahaha( akhirnya gelak
                      tergolek jugak ak)

budak cute : gila ko!!!!

budak senget : rileks bro..ea ko dengar sini, pagi tu ak nk pegi sekolah tiba2 ad couple naik super
                      bike. memang cun gile ah..pewikkkk..ko tahu sape couple 2????(tenganga mulut)

budak cute : sape??

budak senget : ko la...hahahahahahahaha(gedebuk bantal jatuh atas kepala ak.eh pembetulan la
                      budak cute pukul ak dengan bantal..malu la tu..hikx100)

budak cute : sampai ati ko(buat muke sedih seposen)

budak senget : ala ak tahu lepas da dapat naik super bike ko mesti da x knal ak(ak lagi sedih la bro)

Khamis, 17 Mei 2012

SUDUT INFO SEMASA


jangan jemu untuk menerokai ilmu






Tertib 1
Komponen elektronik merupakan bahan yang sensitif dan cepat rosak jika tidak dijaga dengan baik.
Ikuti langkah yang berikut untuk memanjangkan jangka hayat komponen eletronik anda.


1. Simpan di tempat kering dan jangan terlalu panas.
2. Elakkan daripada diketuk, dijatuhkan, atau terhempas.
3. Susun mengikut jenis komponen.
4.  Sentiasa menggunakan kadar voltan yang disyorkan.
5. Jauhkan daripada punca api.
6. Sambung mengikut litar dan pastikan kekutubannnya jika komponen tersebut berkutub.


Tertib 2
1. Elakkan mengetuk L.E.D terlalu kuat kerana hal ini mungkin merosakkannya.
2. Elakkan menguji L.E.D dengan bateri 9 V kerana hal ini mungkin menyebabkan L.E.D terbakar.
3. Dalam litar yang menggunakan L.E.D perintang perlu digunakan untuk mengurangkan arus yang
    mengalir melaluinya dan mencegahnya daripada terbakar.
4. Pastikan kekutubannya betul sebelum menguji litar, iaitu kaki katod disambungkan ke punca
    negatif dan kaki anod ke punca positf.




Tip keselamatan
Penggunaan kadar voltan yang berlebihan daripada keupayaan kapasitor boleh merosakkan kapasitor. Kadar voltan maksimum kapasitor tercatat pada badan kapasitor.




Tuntutlah ilmu selagi yang termampu..Keunikan dan keindahan ilmu hanya dirasai oleh mereka yang sentiasa tidak jemu untuk memperlehinya

Rabu, 16 Mei 2012

2.3 penghasilan projek


2.3.1 Alatan Tangan
Jenis alatan tangan, fungsi ditunjukkan dalam jadual yang berikut.



playar muncunr tirus

  • membentuk kaki komponen, memotong wayar, memegang benda kecil
  • melakukan kerja di ruang yang sempit.


 
pemotong sisi
  • dikenal sebagai playar kacip.
  • memotong wayar.
  • memotong lebihan kaki komponen selepas dipateri.


penyedut bahan pateri
  • menyedut bahan pateri.



alat pemateri elektrik
  • mencairkan bahan pateri.

2.3.2 Memateri
Alatan yang digunakan semasa memateri termasuklah alat pemateri, pemegang bod litar, fluks, kertas las, dan span untuk memateri.

Bahan pateri
1. Bahan pateri ialah sejenis bahan aloi yang terdiri daripada campuran logam timah dan plumbum.
2. Komposisi campuran 60/40 biasanya digunakan dalam pematerian karja elektronik dan
    bermaksud bahan pateri mengandungi 60% timah dan 40% plumbum.
3. Saiz yang biasanya digunakan adalah 0.8mm dan 1mm.

Bahan Lakur (Fluks)
1. Bahan lakur (fluks) berfungsi mencegah lapisan oksida daripada terbentuk pada tempat yang
    hendak dipateri.
2. Fluks biasanya sudah terkandung dalam bahan pateri untuk memudahkan kerja pematerian.

Kertas Las
1. Kertas las digunakan untuk membersihkan bit sebelum kerja pematerian.
2. Kertas las yang sesuai adalah dari jenis yang halus.

Span
1. Span lembap digunakan untuk membersihkan hujung bit semasa memateri.
2. Span diletakkan bersama-sama dengan pemegang alat pemateri.

Pemegang Alat Pameteri
1. Pemegang alat pemateri digunakan untuk meletakkan alat pameteri.

2.3.3 Membuat Projek Elektronik
Ikutilah langkah-langkah yang berikut semasa membuat projek elektronik.

Langkah 1 > membentuk kaki komponen untuk memudahkan pemasangan.



Langkah 2 > Memasang komponen berpandukan lukisan bergambar.






Langkah 3 > Menyemak semula kedudukan komponen berpandukan litar skematik/litar bergambar.
                    Betulkan kedudukan komponen yang tersalah pasang.




Langkah 4 > Memateri komponen/tamatan dengan komponen pasif terlebih dahulu diikuti memateri
                   komponen aktif.



Langkah 5 > Memotong kaki komponen yang berlebihan dengan pemotong sisi. 

2.2 membaca dan menterjemahkan lukisan skematik

1. Litar elektronik adalah gabungan komponen-komponen elektrik yang dilukis dalam litar skematik 
    yang dilukis dalam litar skematik atau litar bergambar.
2. Litar skematik dilukis dengan menggunakan simbol-simbol komponen eletrik.
3. Kebolehan membaca litar skematik adalah penting kerana anda dapat mengenal komponen-
    komponen yang digunakan pada litar dan dapat membuat sambungan dan pemasangan yang betul.4. Litar skematik dapat diterjemahkan pada litar bergambar yang mengambarkan susun  atur           
    komponen pada bod litar.


lukisan bergambar
lukisan skematik
        

Ahad, 13 Mei 2012

2.1 nama, simbol, dan fungsi komponen elektronik

simbol L.E.D

kesenian L.E.D


2.11 DIOD PEMANCAR CAHAYA (L.ED)
1) Diod pemancar cahaya (L.E.D) ATAU light emiting diode adalah sejenis komponen elektrik
    yang dibuat daripada bahan semikonduktor yang memancarkan cahaya dengan kehadiran arus.
2) Diod dapat diperoleh dalam pelbagai jenis warna.
3. Diod pemancar cahaya tidak mempunyai filamen dan tahan lebih lama daripada mentol.



Add caption

                                                                                                                                                                
                                       
Kaki katod
Kaki anod
  • Bercas negatif
  • Bercas positif
  • Mempunyai kaki yang pendek
  • Mempunyai kaki yang panjang    
  • Berhampiran dengan permukaan yang rata
  •  Jauh dari permukaan rata
  •  Bersambung dengan bahagian yang berbentuk bendera
  •  Bersambung dengan bahagian yang berbentuk kecil


perintang





                                                         


2.1.2 PERINTANG
1- Perintang biasanya digunakan dalam litar untuk mengawal arus dan menghadkan aliran arus
     dalam litar elektrik.
2- Nilai rintangan disukat dalam unit ohm.
3. Perintang tidak mempunyai kekutuban dan dapat dipasang tanpa
    mengikut kekutuban.



Perintang tetap
Perintang boleh laras
  •    Nilai rintangan tidak dapat      diubah
  •  Terdiri daripada jenis karbon (karbon dan tanahliat) dan jenis berlilit dawai (nikrom dan nagan)


 


       
                     simbol
  •  Nilai rintangan boleh diubah
  •  Digunakan pada peralatan eletrik yang memerlukan nilai arusnya yang berubah-ubah upaya dan rheostat



             
        
                   simbol
             



Cara untuk membaca nilai perintang



1)    1 )   Perintang mempunyai nilai yang tetap dan dilabelkan mengikut kod warna.
2     2)   Ketiga-tiga jalur pertama pada perintang tetap menunjukkan hasil rintangan dan jalur yang ke
       empat  menunjukkan had terimanya (nilai tolenrasi).
        3)   Kod perintang tetap adalah seperti yang berikut:

HITAM
0
PERANG
1
MERAH
2
JINGGA
3
KUNING
4
HIJAU
5
BIRU
6
UNGU
7
KELABU
8
PUTIH
9

41)       Nilai tolenrasi (jalur ke tempat) pada perintang tetap adalah seperti yang berikut:

Warna
Emas
Perak
Tiada
Had Terima
± 5%
± 10%
± 20%
Unit Nilai Rintangan
100 ohm  = 1 kilo ohm
1000 ohm   = 1 Mega ohm
1 000 000  = 1 Mega ohm







kapasitor

2.1.3 KAPASITOR
a- kapasitor juga dikenal sebagai pemuat dan  berfungsi menyimpan dan membuang cas elektrik.
b- keupayaan kapasitor untuk menyimpan cas ini disebut  kapasitan dan unit asas nilai kapasitan
    ialah Farad (F).                                                        
c-Semakin tinggi nilai kapasitan sesuatu kapasitor,semakin
    banyak cas yang dapat disimpan.






KAPASITOR BERKUTUB
KAPASITOR TIDAK BERKUTUB
  • Mempunyai dua kaki yang berlainan kutub.
  • Kaki yang lebih panjang adalah kaki positif dan kaki yang pendek adalah kaki negative.
  • Kaki yang berhampiran dengan tanda (-)  pada kapasitor adalah kaki negative.
  • Kaki ini mesti bersambung mengikut kekutuban kaki.
contoh
  • kapasitor elektrolitik
  • kapasitor tantalum




  • Dua kaki sama panjang.
  • Tidak perlu disambung mengikut kekutuban.
  • Biasanya menyimpan cas yang lebih sedikit berbanding kapasitor berkutub.
  • Saiz badan lebih kecil.
  • Symbol kapasitor tidak berkutub

contoh
  •   kapasitor seramik
  •   kapasitor mika







2.1.4 SUIS
1. Suis digunakan untuk menyambungkan dan memutuskan bekalan arus eletrik di dalam litar.
2. Suis disambung secara siri pada wayar hodup dan bahagian luarnya biasanya dibuat daripada bahan                    
    penebat seperti plastik atau bakelit.
3. Apabila suis ditutup, arus akan mengalir di dalam litar. Apabila suis dibuka, arus tidak akan mengalir di
    dalam litar.
4. Suis yang biasa diguanakan dalam litar termasuklah suis togel, suis tekan buka, dan suis tekan tutup.

Jenis suis dan keterangannya.


suis togel






simbol suis togel

  • arus mengalir apabila punat ditekan atau ditolak.
  • arus berhenti mengakir apabila punat ditekan atau ditolak ke arah berlawanan.












suis tekan buka dan suis tekan tutup

terdapat dua jenis suis tekan
suis tekan buka
  • apabila punat suis ditekan, arus tidak mengalir, sebaliknya arus akan mengalir apabila punat suis dilepaskan.
  • digunakan dalam litar mentol pada peti sejuk dan litar mentol pada kenderaan.

suis tekan buka



suis tekan tutup
  • apabila punat suis ini ditekan, arus akan mengalir dalam litar, arus akan mengalir berhenti mengalir jika punat suis ini delepaskan.
  • digunakan pada litar loceng rumah.

2.1.5 TRANSISTOR
1. Transistor digunakan dalam litar untuk meninggikan arus, voltan, kuasa dan berfungsi sebagai suis
2. Transisitor dibuat daripada bahan semikonduktor (separa pengalir) seperti silikon dan germanium.
3. Transistor banyak digunakan dalam radio, televisyen dan komputer.
4. Transistor mempunyai tiga kaki iaitu:
    a) kaki pemancar (E) atau emitt
  •  mengeluarkan arus untuk kembali ke punca negatif.
    b) kaki pemungut (C) atau college
  • menerima arus eletrik daripada punca positif bateri.
    c) kaki tapak (B) atau base
  • mengawal arus elektrik daripada kaki C ke kaki E.
  • biasanya disambung pada perintang tetap
5. Terdapat dua jenis transistor, iaitu transistor jenis NPN dan transistor jenis PNP.
6. Binaan transistor jenis NPN :



7. Binaan trasistor jenis PNP :



2.1.6 BUZER
1 Buzer ialah komponen yang menukarkan gelombang elektrik ke gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi.
2. Buzer berkuasa rendah dan memerlukan arus elektrik yang rendah. Buzer selalu digunakan untuk 
    mengeluarkan isyarat bunyi penggera.
3. Terdapat dua jenis buzer yang biasanya digunakan, iaitu :



 Buzer Piezo
Buzer Elektromagnet 
  • menghasilkan nada bunyi yang nyaring.
  • berkutub positif dan negatif.
  • voltan antara 1.5v -12v untuk berfungsi.



  • menghasilkan nada bunyi yang rendah.
  • tidak berkutub.
  • voltan antara 6v-12v untuk berfungsi