Khamis, 17 Mei 2012

SUDUT INFO SEMASA


jangan jemu untuk menerokai ilmu






Tertib 1
Komponen elektronik merupakan bahan yang sensitif dan cepat rosak jika tidak dijaga dengan baik.
Ikuti langkah yang berikut untuk memanjangkan jangka hayat komponen eletronik anda.


1. Simpan di tempat kering dan jangan terlalu panas.
2. Elakkan daripada diketuk, dijatuhkan, atau terhempas.
3. Susun mengikut jenis komponen.
4.  Sentiasa menggunakan kadar voltan yang disyorkan.
5. Jauhkan daripada punca api.
6. Sambung mengikut litar dan pastikan kekutubannnya jika komponen tersebut berkutub.


Tertib 2
1. Elakkan mengetuk L.E.D terlalu kuat kerana hal ini mungkin merosakkannya.
2. Elakkan menguji L.E.D dengan bateri 9 V kerana hal ini mungkin menyebabkan L.E.D terbakar.
3. Dalam litar yang menggunakan L.E.D perintang perlu digunakan untuk mengurangkan arus yang
    mengalir melaluinya dan mencegahnya daripada terbakar.
4. Pastikan kekutubannya betul sebelum menguji litar, iaitu kaki katod disambungkan ke punca
    negatif dan kaki anod ke punca positf.




Tip keselamatan
Penggunaan kadar voltan yang berlebihan daripada keupayaan kapasitor boleh merosakkan kapasitor. Kadar voltan maksimum kapasitor tercatat pada badan kapasitor.




Tuntutlah ilmu selagi yang termampu..Keunikan dan keindahan ilmu hanya dirasai oleh mereka yang sentiasa tidak jemu untuk memperlehinya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan